Carta Organisasi
ISMA Kuala Terengganu
Sesi 2025 - 2027
Carta Organisasi
ISMA Kuala Terengganu
Sesi 2025 - 2027
Yang Dipertua
Haji Mohd Naim Yusof
Naib Yang Dipertua
Kamarul Azizan Abd Raman
Ketua Wanita
Ustazah Tasnim Abdul Rahman
Setiausaha
Azizan Mohd
Bendahari
Ustazah Nuraini Nabilah Adrizal
Biro Pemuda
Ustaz Muhaimin Selawi
Biro Belia
Muhaimin Mahmood
Biro Keluarga & Masyarakat
Ustazah Halimaton Solehah Mohammad
Biro Dakwah
Dr. Mohd Ihsanuddin Abas
Biro Media
Ustaz Mohd Ramadhan Syakir bin Awang
Mantan YDP ISMA Kuala Terengganu
Prof. Madya Dr. Razali Musa
2007 - 2019
Ustaz Engku Omar Amiruddin Engku Ali
2019-2021
Kamarul Azizan Abdul Raman
2021-2025
Visi
Menjadi gerakan Islam yang kuat dan berpengaruh.
Misi
Memimpin ummah mengembalikan dominasi kuasa Melayu Islam.
Fokus
Pembentukan Minda Melayu Muslim dan Pengukuhan Agenda Persepakatan
ISMA berjuang untuk membentuk minda bangsa Melayu dengan merujuk kepada Al-Qur’an, As-Sunnah, sejarah dan berdasarkan realiti semasa umat Islam. ISMA komited untuk melakukan segala usaha ke arah menyuburkan dan memperkasakan keperibadian dan jatidiri keislaman bangsa Melayu, memperkukuhkan pegangan mereka kepada sejarah bangsa dan nilai budayanya, serta membangunkan sahsiah yang holistik dan berdaya maju. ISMA menyeru bangsa Melayu supaya bersepakat untuk mendaulatkan Islam menerusi slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”. Seruan ini merupakan suatu penyelesaian praktikal terhadap kemelut politik bangsa Melayu di Malaysia.
Mempertahankan Islam Sebagai Identiti Negara
ISMA sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan doktrin Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru ISMA terkehadapan dalam membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap anasir-anasir yang mengancam identiti dan aqidah mereka seperti ideologi serta gerakan kristianisasi, liberalisme, sekularisme, pluralisme, syiah dan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender). ISMA juga lantang dalam mempertahankan hak dan kepentingan umat Islam di Malaysia serta menolak campur tangan asing dalam menentukan masa depan negara. Atas dasar ini, ISMA menolak sekeras-kerasnya tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada kerajaan agar menghapuskan keistimewaan orang Melayu, memberi hak kepada orang Islam untuk murtad dan mengiktiraf hak golongan minoriti LGBT untuk mengamalkan orientasi seksual songsang mereka. Menerusi kempen besar-besaran di seluruh negara, ISMA berjaya mengajak sejumlah 740,000 rakyat Malaysia menandatangani petisyen anti-Comango dalam tempoh yang singkat.
Pembangunan Keluarga dan Masyarakat
Keluarga merupakan unit asas di dalam masyarakat. ISMA memberi tumpuan membangunkan wanita dan keluarga bagi melahirkan masyarakat berilmu dan bertaqwa yang seterusnya mampu mengatasi pelbagai masalah sosial yang dihadapi pada hari ini.
ISMA mementingkan penerapan budaya ilmu di kalangan keluarga Muslim. Kecenderungan untuk menuntut ilmu perlu dipupuk sejak kecil lagi melalui aktiviti-aktiviti sesama ahli keluarga. Menyedari hakikat ini, ISMA telah melancarkan Modul Usrah Keluarga sejak tahun 2010 untuk membantu masyarakat melaksanakan sesi-sesi ilmu di rumah mereka.
Selain daripada itu, bengkel-begkel keibubapaan turut dianjurkan bagi memberikan kemahiran-kemahiran penting kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka menjadi anak-anak soleh yang cemerlang. Program-program keibubapaan ini dilaksanakan oleh semua cawangan ISMA di seluruh negara.
Pembinaan Generasi Baharu
Pemuda hari ini, pemimpin masa depan. Di atas asas kefahaman tersebut, ISMA mengambil langkah serius dalam usaha membina generasi baru dalam segenap aspek di setiap peringkat umur. ISMA telah mengasaskan penubuhan tiga agensi khusus untuk memenuhi tuntutan ini, iaitu Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) untuk golongan mahasiswa; Kelab Remaja ISMA (KRIM) untuk remaja; dan Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) untuk kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Terkini, ISMA mewujudkan Biro Pemuda sebagai petunjuk kesungguhannya bagi mendekati dan membimbing anak bangsa di kalangan pemuda, tidak kira di mana mereka berada.
Pemantapan Ekonomi dan Keusahawanan
Ekonomi merupakan satu bidang yang sangat penting dalam pembangunan tamadun umat Islam. ISMA telah menubuhkan sebuah kelab usahawan (i-Bisnes) dan sebuah koperasi (KOPRESS) yang bertujuan meningkatkan lagi kualiti keusahawan dan memacu ekonomi ke arah yang lebih mantap.
Di samping itu, ISMA telah menjalankan ISMA Entrepreneurship Program (IEP) bagi menanam minat golongan remaja untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka.
Penggembelingan Masyarakat Madani
ISMA memahami bahawa pengelibatan seluruh masyarakat dalam projek Islam merupakan pra-syarat kepada penegakkan tamadun. Setiap ahli masyarakat perlu menyumbang kepada lingkungan di sekitar mereka.
Oleh itu, potensi tenaga-tenaga ahli masyarakat yang perihatin perlu digembeling bagi mendatangkan kebaikan kepada negara.
Sebagai langkah permulaan dalam menjayakan hasrat ini, ISMA telah menubuhkan tiga agensi khas bagi menampung aktivisme tiga golongan yang berpengaruh dalam masyarakat, iaitu para ulama menerusi Majlis Ulama ISMA, para doktor melalui i-Medik dan para guru dalam i-Guru.
Sosial dan Kebajikan
ISMA amat mengambil berat soal kebajikan dan keperluan masyarakat di peringkat setempat mahupun di peringkat antarabangsa. Pelbagai sumbangan dihulurkan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan. Sehubungan itu, ISMA telah menubuhkan sebuah yayasan khas, iaitu Yayasan Ikhlas bagi melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap golongan yang memerlukan. Keseluruhan agenda perjuangan ISMA boleh dirangkumkan dalam slogan Membangun Umat Beragenda. Slogan ini membayangkan cita-cita mulia ISMA untuk membina generasi umat Islam, terutamanya orang Melayu di tanahair tercinta ini, agar lahir sebagai umat yang tidak mudah diperkotak katikkan oleh agenda asing, bahkan mampu memimpin umat-umat yang lain, melalui agenda kehidupan yang jelas membawa kepada kebahagiaan dan kesejahteraan yang hakiki.
Sejarah Ringkas
ISMA ditubuhkan pada 7 Julai 1997 dengan nama asal Ikatan Siswazah Muslim Malaysia. Pada tahun 2005, nama pertubuhan ini ditukar kepada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk mencerminkan perluasan sasaran dakwah dan penglibatan masyarakat yang lebih meluas.
ISMA Kuala Terengganu ditubuhkan pada 1998 sebagai sebahagian daripada usaha memperluas jangkauan dakwah dan pembangunan masyarakat di Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman. Cawangan ini menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang selaras dengan misi dan visi ISMA Pusat, termasuk dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi, dan pendidikan.
Pada tahun 2007, ISMA di Terengganu berkembang kepada tiga cawangan iaitu ISMA Kuala Terengganu, ISMA Dungun dan ISMA Kemaman. Perkembangan ini menunjukkan pertumbuhan organisasi dalam memperluas jangkauan dakwah dan pembangunan masyarakat di negeri Terengganu.
Logo
Gerbang (Arch)
Melambangkan tamadun cemerlang yang pernah dicapai.
Gerbang dalam logo ini menggambarkan kegemilangan tamadun Islam yang telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang seperti ilmu pengetahuan, seni bina, dan budaya. Ia mencerminkan aspirasi ISMA untuk mengembalikan semula kegemilangan tersebut dalam masyarakat moden.
Bulatan dan Segi Empat (Circle & Square)
Asas kepada semua bentuk geometri melambangkan asas ketamadunan.
Bulatan dan segi empat adalah bentuk geometri asas yang digunakan dalam seni bina dan reka bentuk Islam. Penggunaan kedua-dua bentuk ini dalam logo melambangkan asas yang kukuh dan harmoni dalam membina ketamadunan yang seimbang antara aspek rohani dan jasmani.
Garis Pembinaan (Construction Line)
Melambangkan asas tempat bergerak, perlukan persiapan dan perancangan.
Garis pembinaan dalam logo menunjukkan pentingnya perancangan dan persiapan yang teliti dalam membina sesuatu struktur. Ini mencerminkan pendekatan ISMA yang menekankan perancangan strategik dan asas yang kukuh dalam usaha membangunkan masyarakat yang berteraskan nilai-nilai Islam.
Lagu
Berlandaskan al-Quran dan sunnah
Kita bersatu berukhuwwah di ISMA
Dengan keikhlasan dan kejujuran
Mari bekerja, berjuang dan berjihad
Bukan mengejar pangkat dan harta
Bukan mencari wang dan kekayaan
Demi berkhidmat kepada bangsa
Untuk mendapat redha Illahi
Teman! Di ISMA kita jadikan
Saudara sahabat yang sejati
Bersatu teguh dan istiqamah
Miliki sifat mukmin mulia
Allah Allah Allah
Allah Allah Allahu akbar
Bertolong bantu kerana Allah
Contohi peribadi rasul
Berjuanglah… bersama ISMA
Untuk agama, negara dan bangsa
Bersama ISMA kita berjihad
Ikuti sunnah Rasul
Berjuanglah… berkorbanlah…
Moga amal diterima Allah
Dalam Ikatan Muslimin Malaysia
Pencipta: Nazrey Johani
Lirik: Nazrey Johani / JKP ISMA